Tetiba jer nasi lemak berapa puluh sen jadi isu. Sebenarnya.. ayat sindirin begini lama dah wujud tapi disebabkan ianya dipopularkan dalam sebuah filem... tak pasal-pasal jer fofular semacam. Biasalah.. bila orang filem buat filem... jarang memikirkan sensitiviti masyarakat. Yang penting... isu gempak yang bakal menarik perhatian masyarakat. Dalam kecoh... berjaya jugalah pengarah filem tu dalam mengkontroversikan ceritanya.
Bercerita tentang pengalaman tentang isu ini teringat saya satu kejadian yang berlaku depan mata saya. Mula-mula... saya tak perasan tapi sememangnya sikap saya suka memerhati. Apasal le ada seorang lelaki ni begitu khusyuk melihat seorang perempuan bersama anaknya yang sedang leka menyusun puzzle? Bila perempuan ni berubah arah.. lelaki ni pun berganjak. Mula-mula ingatkan suaminya tapi bukan. Perempuan tu berpusing... lelaki tu lagi berpusing-pusing dengan siap panjangkan tengkuknya.
gambar hiasan : google
Lama-lama terjawab ler kemusykilan saya. Dia dok skodeng rupanya. Kalau seagama lama kena sound agaknya. Nak kata apa kan? Kalau ikut logik takda nampak apa-apa pun tapi kalau dah namanya lelaki... jadilah macam tajuk entri ni.
soksek2: Tak salahkan orang lelaki... tak salahkan orang perempuan. Kalau lelaki dan perempuan tahu apa hak yang sepatutnya... tiada apa yang menjadi isu.