Bila tangan mengapai... selalunya berkait dengan situasi lemas. Lemas di sungai/ laut puncanya air tapi lemas di daratan?
gambar hiasan: google
'Langit tak selalu cerah' walaupun 'Mendung tak bererti hujan'. Sukarnya mencerita situasi bila hidup benar-benar mengharapkan bantuan orang lain tapi tiada siapa yang sudi menghulur tangan malah paling pedih... cemuhan pula yang diterima.
Masa inilah... manusia boleh menilai siapa sahabat yang benar-benar bernama sahabat dan siapa pula yang hanya menumpang ketika senang. Apalagi bila semangat hilang tanpa sokongan.. kalau salah arah... tindakan yang tidak sewajarnya menjadi pilihan.
Namun begitu... dalam sesetengah situasi.. bukan diri tidak mahu menyambut tangan yang mengapai. Ada juga individu yang perlu diajar hidup tanpa mengapai tangan selalu.
Pernahkah anda merasakan situasi 'Tangan mengapai tidak disambut...?'