TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, November 30, 2010

Bukan lagu NEGARAKU sahaja yang tak dihormati... bila time azan atau berdoa tu apa cerita?

Isu ini menarik perhatian saya. "Kenapa sukar menghormati lagu NEGARAKU?" Bila berbicara tentang isu ni.. apa kesimpulan yang boleh dibuat agaknya? Dididik di alam persekolahan dalam tempoh yang agak lama tapi bila keluar dari pagar sekolah... semua hilang seperti tak pernah dididik. Adakah semua ini berpunca dari didikan yang tidak kesampaian?

 gambar: google

Jangan katakan nak hormat lagu NEGARAKU. Menghormati azan pun ramai dah abaikan. Begitu juga dalam adab berdoa. Bila mendengar seseorang membaca doa dalam sesuatu majlis... masih ramai yang buat endah tak endah. Boleh lagi berbual atau mengutamakan perkara dunia yang tak seberapa. Bagaimana nak dapat hidup yang berkat?

Perkara ini dah lama saya perhatikan. Adakah manusia sekarang memang susah untuk menghormati sesuatu perkara. Kalau perkara yang sebegini sukar untuk dihormati... apalagi dalam perhubungan sesama manusia. Agaknya.. itu sebab manusia sekarang sering mementingkan diri sendiri tanpa memikiran perasaan orang lain.

Bila dituduh kurang ajar kita melatah. Perkara yang sering dipandang remeh inilah merupakan permulaan kepada sikap yang biadab. Bagaimana nak didik generasi akan datang jika contoh yang salah sering diberikan? Orang yang menegur dikatakan 'busy body'. Ehhh.. sila jaga diri sendiri sebelum menegur. Yang kita lupa... kita ni bermasyarakat. Apa salah menegur kerana orang lain yang dapat melihat kesilapan kita. Begitu juga kita.. relakan diri ditegur jika turut sama melakukan kesalahan.