TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, November 29, 2010

Rahsia mereka kembali seperti anak dara selepas melahirkan...

Memang rahsia mereka masih belum terbongkar. Doktor pakar pun tak dapat memberikan jawapannya. Siapakah mereka yang kembali seperti anak dara selepas melahirkan? Mereka adalah ibu-ibu dari kaum orang asli.

Memang sungguh menakjubkan. Bayangkan ibu-ibu dari kaum orang asli ini boleh meneruskan aktiviti harian sebaik sahaja melahirkan anak. Bahagian peranakan mereka dikatakan kembali kepada kedudukan asal sebaik sahaja melahirkan. Pintu pula kembali rapat seperti anak dara tanpa mengamalkan jamu dan berpantang 44 hari. Mereka juga tiada masalah untuk mencuci kain di sungai selepas melahirkan berbanding kita nak basuh kain guna mesin basuh pun dikhuatiri bentan.

 gambar hiasan: google

Apakah rahsianya? Mengikut kajian... ianya mungkin berkaitan dengan amalan pemakanan seharian mereka. Maklumlah... kebanyakan makanan yang dimakan adalah dari sumber yang asli yang sememang jauh dari campuran bahan pengawet. Ikan segar, ulam-ulam segar dan segalanya adalah segar-segar belaka. Begitu juga dengan amalan memakan tumbuhan herba yang diamalkan sejak kecil lagi. Malah... doktor pakar sendiri mengakui bahawa kaum orang asli merupakan doktor terbaik dunia kerana mereka lebih mengenali penawar semulajadi alam. 

Tak terlewat kiranya anak-anak dara sekarang menuntut ilmu yang ada pada ibu-ibu ini. Yang baik untuk diri sendiri... tiada salahnya dipraktikkan asalkan tidak melanggar hukum dan syarak.