TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, December 7, 2010

Sendiri pun tak faham

Kepada pengunjung blog Semekar Kasih.. mesti sedia maklum yang blog ini menggunakan Intense Debate di ruangan komen. Masa mula-mula pasang intense debate ni.. tujuannya adalah untuk memudahkan pembalasan komen kepada mereka yang meninggalkan komen tapi.. dengan ilmu yang tak penuh di dada.. saya sedikit keliru dengan sistem yang ada.

Manakan tidak... ada komen yang telah dibalas tapi bila disemak semula.. tiada pula tertera komen tersebut. Tah apa yang tak kena tak tahu lah. Ada pula.. bila dibalas sekali lagi.. tiba-tiba muncul semula komen lama yang telah dibalas. Memang pening di buatnya.

Selalunya... dalam satu entri tu.. jika saya balas komen seseorang, semua yang komen dalam entri tu akan dapat komen balas. Jika saya tak balas komen.. semua yang komen dalam entri tu tak di balas. Rasanya itu lebih adil.

Yang merisaukan jika ada yang anggap saya sombong tak mahu balas komen. Macam sia-sia jer pakai intense debate tu. Kadangkala komen ni susah nak jangka kan. Kita baca seperti orang tu memberi pendapat tapi rupa-rupanya dia mahu jawab balas. Sudahnya.. macam ada salah faham di situ.

Apa-apa pun saya sentiasa menghargai komen yang diberi. Janganlah merajuk sekiranya saya tidak membalas komen. Mungkin juga komen telah dibalas tapi ada masalah teknikal yang tak dapat dielakkan.

 gambar: google

Guna intense debate ni dah tak boleh undur dahhh. Kalau removekan.. semua komen-komen yang ada akan hilang. Terus jelah sampai bila-bila. Jadi.. jika ada sesiapa yang teringin nak cuba.. sila fikir banyak kali terlebih dahulu...