Alhamdulillah.. setelah lebih sebulan menunggu akhirnya cek Nuffnang yang kedua telah selamat sampai. Riuh macamlah dapat ribu-ribuan atau ratus-ratusan. Walaupun tak banyak... lepas jugalah duit nak beli set jamu lepas bersalin. Takda mananya nak berfoya-foya. Banyak sungguh perbelanjaan hujung tahun niii.
Sebenarnya... pendapatan Nuffnang yang kedua ni tidaklah berniat nak tunaikan awal tapi bila melihat ramai blogger yang digugurkan status geli-gelinya secara tiba-tiba menyebabkan saya mengambil langkah untuk tebus pendapatan yang ada. Mahu tak risau... angin takda ribut takda.. tiba-tiba gugur status. Nak buat macamana bila terikat dengan terma dan syarat kan?
Pendapatan kali ini laju lah sikit dari pendapatan yang pertama dulu. Kalau dulu.. nak dekat berbulan-bulan baru dapat jumlah sekian-sekian tapi kini ada lebih rezeki nampaknya.
Terima kasih buat Nuffnang yang baik hati. Buffered Earning setakat ni ada satu jer. Satu pun tak kisahlah janji masyukkk...