TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, December 6, 2010

Dilema 'Janda Berhias'

Dalam memikul title 'Puan'. Mana tidak terasa berat bahu memikul bila hakikatnya mereka masih dara. Malah.. ada yang tak sanggup meletakkan gelaran 'Puan' di depan nama kerana ianya seperti halangan untuk mereka meneruskan kehidupan apatah lagi dalam perjalanan mencari pasangan hidup.

Itu alasan yang selalu didengari. Jujurnya.. sebagai kaum hawa, saya dapat memahami apa yang ditanggung dan tidak berkisah sekiranya mereka diberi kelonggaran untuk mengugurkan status 'Puan' dan menggantikan dengan panggilan 'Cik'. Apa yang berlaku biarlah berlalu dan tiada salahnya jika mereka ingin membina kehidupan yang baru.

Namun berlainan pula pandangan dari kaum Adam yang saya terima. Bagi mereka.. kalau dah 'Puan' tetap 'Puan' walaupun 'Janda Berhias'. Mungkin bagi mereka.. yang empunya diri harus jujur dalam menceritakan latar belakang kehidupannya. Bagi orang perempuan pula... bukanlah satu perkara yang mudah untuk memutarkan kepahitan yang lalu.

Mendengar kisah alam perkahwinan yang mereka lalui adalah seperti sebuah drama yang dilakonkan. Ada episod-episod yang tak dapat diterima dek logik akal. Apalagi bila ada melibatkan penggunaan ilmu hitam dalam memisahkan hubungan suami isteri. Sedangkan.. sebelum janji termetri... mereka memadu cinta terlebih dahulu. Bila berumahtangga.. semuanya menjadi seperti orang asing. Benci memandang antara satu sama lain hingga tidak boleh bertentang mata dan bila menjalankan kewajipan sebagai suami isteri.. tiba-tiba semuanya tidak berfungsi.

Ada kes yang lebih berat bila ibu mertua sendiri yang menjadi dalangnya. Baru sahaja turun dari pelamin... semuanya diporak peranda. Kenapa agaknya masjid di bina atas tujuan meruntuhkan? Apalagi bila melibatkan pemikiran antara hawa dan hawa. Dendam kesumat apakah yang wujud hingga sanggup menghancurkan masa depan orang lain?


Apa pendapat anda dalam masalah penggunaan tittle 'Puan' kepada 'Cik' dalam dilema 'Janda Berhias' ini?