TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, December 6, 2010

Apakah?

Emosi yang bercampur baur. Takkan berkira sangat kot??? Masalahnya.. ini bukan masalah berkira. Hampir tak cukup kira-kira dah. Nak kira cepat pun dah tak terkira. Kira lambat apatah pula.

Barang persekolahan Along dan adik untuk tahun 2011 dah selamat dibeli. Tinggal buku tulis dan yuran persekolahan sahaja. Dalam selamat tak selamat... selamatlah duit tuuu. Nak ambil bau pun tak sempat. Bukan berkira pasal duit bila bercerita persiapan persekolahan anak. Masalahnya.. apasal mahal sangat???

Jangan tak percaya... saya dah habiskan RM500. Boros sangatkah saya atau apakah? Itupun bekas pensel dan warna tak beli sebab Along dan adik dah dapat sebagai hadiah. Tinggikah nilai RM500 tu atau biasa-biasa ajer?

Nak kata saya beli barangan yang mahal-mahal taklah pula. Kasut pun kasut bata yang area harga bawah RM30 (4 pasang). Baju sekolah 5 helai, seluar sekolah 3 helai, seluar sukan 2 helai, beg sekolah, stokin 9 pasang, baju sekolah agama sepasang, sampin sekolah agama sehelai. Rasanya itu sahajaaa. 

Cuma.. untuk tahun ni saya bershopping di The Store. Kalau dulu.. saya ada shopping di tempat-tempat biasa tapi kualiti kurang memuaskan. Maklumlah.. anak-anak ni jenis lasak.. 2/ 3 bulan dah kena ganti yang baru. Lagi pun bukan senang cari saiz Along kat kedai-kedai biasa. Budak sihat tuuu... seluar pun pakai size 32!

Memang harga barang semakin mahalkah?

Atau ianya mahal kerana saya beli dalam bilangan yang banyak?

Bagaimana pula cara anda menguruskan perbelanjaan persekolahan anak-anak?

Terutama mereka yang mempunyai bilangan anak yang ramai...

Kongsi-kongsilah pengalaman anda..

Maklumlah.. ini tahun kedua saya menguruskan persekolahan anak-anak. Banyak yang saya perlu belajar...