Ini kata-kata yang saya dengar dari mulut seorang ustaz. Kalau salah... tolong betulkan. Maklumlah.. diri sendiri sememangnya kurang arif tentang perkara sebegini. Kalau ada yang lebih arif dan maklum... sila jelaskan perkara sebenarnya jika apa yang dikatakan oleh ustaz ini tidak benar.
"Pasangan yang bercerai masih boleh tinggal serumah walaupun selepas bercerai asalkan MASIH DALAM TEMPOH EDAH".
Tujuannya supaya pasangan tersebut diberi peluang untuk mengambil keputusan rujuk semula.
Keputusan untuk rujuk bukan hanya melibatkan lafaz tapi turut berkaitan dengan perbuatan dan yang pentingnya keredhaan hati.
Rujuk.... jika tiada melibatkan keredhaan hati adalah perkara yang paling membahayakan kerana boleh menyebabkan jatuhnya lagi satu talak merujuk kepada perjanjian dalam sijil nikah.
sekadar gambar hiasan: google
Merujuk kepada kes artis yang membuat pernyataan yang tidak dapat diterima dek akal... tidaklah diketahui samaada 'dia' masih berada dalam tempoh edah atau tidak. Sekiranya tempoh edahnya sudah berakhir memang sudah sepatutnya mereka tidak tinggal bersama.
Wallahua'lam~