Bila mengimbau kenangan ketika dingorat oleh suami masa muda-muda dulu... saya tak tahu ler kenapa saya jual mahal sangat dengan suami saya ni. 10 tahun suami mencuba untuk mengorat dan dalam masa tu saya buat layan tak layan jer. Dalam masa yang sama.. secara jujur saya mencari cinta yang saya idam-idamkan walaupun yang baik ada di depan mata.
gambar google
Sana kecewa sini kecewa tapi itu tidak dijadikan alasan untuk saya menerima suami. Tapi.. kalau dah jodoh tu... bersama juga. Bila sekali lagi suami menyatakan keinginannya untuk bercouple dengan saya... tak banyak cakap.. saya kata.. kalau betul-betul ikhlas... jumpa orang tua masuk meminang.
Bagai pucuk dicipta ulam mendatang... dengan rasa gembiranya suami hantar rombongan meminang. 8 bulan menjadi tunangan suami... mata saya mula melihat setiap kelebihan yang dimiliki olehnya. Kenapa dulu... mata hati saya ditutup yer? Kalau tak... tak perlulah saya frust menonggeng sana sini.Buat sakit jiwa jer...
Tak sampai setahun kami diijabkabulkan dan alhamdulillah dah lapan tahun kami melayari rumahtangga kami dengan aman bahagia. Setakat gaduh-gaduh manja... adat sebuah perkahwinan dan bertolak ansur merupakan suatu perkara yang utama dalam memastikan kebahagiaan rumahtangga.
Menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 39 dua hari lepas... untuk pertama kalinya saya melafazkan
"I LOVE YOU". Siapa tak sayang suami sendiri. Rasanya masih tak terlewat untuk suami mengetahui yang saya menyintainya sepenuh jiwa. Dah nak masuk tiga niiii....