Usahlah bercerita bab moral dalam sesebuah cerita drama/ filem. Dalam memperlihatkan sebuah pengajaran sudah semestinya yang dipamerkan terlebih dahulu adalah keburukan. Boleh dikira drama/ filem yang 100% ceritanya berkisarkan kebaikan tanpa unsur kejahatan. Dan seperti biasa... yang buruk juga nampak di mata.. yang baik terselindung juga.
gambar: google
Bukanlah peminat fanatik drama CHINTA tapi saya akui drama ini banyak pengajarannya. Cuma pengajarannya terlihat pada mata sendiri... mungkin tidak di mata orang lain. Setiap perkara... berlaku dengan sebab dan sebagai manusia kita tidak boleh menghukum sesama sendiri sesuka hati. Itu yang dapat saya lihat dalam drama CHINTA. Berhati-hati dalam setiap perlakuan dan tutur kata supaya tidak makan diri sendiri. Setiap perkara ada balasannya walaupun ianya perkara yang kita rasakan begitu remeh di mata.
Bercerita tentang pengaruh CHINTA kepada mereka yang melihat tanpa memandang apa yang tersirat adalah tanggungjawab individu yang berada di sekeliling. Pengaruh kepada anak remaja... anak kecil... tidak wajar diletakkan pada sebuah drama/ filem yang kebanyakan digarap atas nama hiburan. Kitalah individu yang patut memantau mereka. Menerangkan yang mana baik untuk kehidupan kita... yang mana tidak wajar diikuti. Tidak menafikan pengaruh yang diberi oleh sebuah drama/ filem begitu kuat bagi diri seseorang dan kerana itulah anak-anak perlu diajar dalam membezakan perkara yang baik dan tidak.
Teringat kata-kata yang pernah dituturkan oleh pengarah terkenal Badaruddin...
"Saya akui sebagai pengarah, perkara yang saya lakukan salah cuma... terpulang pada masyarakat untuk menilai..."