Hahh.. sikit punya panjang ke tajuk yang dah tak serupa tajuk tu? Merujuk kepada tajuk... sukarkah agaknya? Perkara yang melibatkan hati dan perasaan ini memang susah diduga dan dijaga. Apalagi melibatkan anak yang dikandung 38minggu (diri saya) dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang (walau adakalanya kena pelepuk juga).
Jujurnya... jika anak buat salah atau perkara yang melukakan hati.. memang rasa terhiris-hiris tak terkata namun sebagai ibu... segala-galanya harus diikhlaskan... dimaafkan. Walau hanya sekelumit... perasaan yang terbuku akan menjadi penghalang kepada kebahagiaan/ kejayaan anak-anak kita. Seperti kata seorang ustaz zaman saya remaja dulu...
"Kasih ibu... umpama menatang minyak yang penuh tapi tertutup dek kadbod yang menghalang ia melimpah ruah jika tersimpan rasa terkilan"
Perkara ini terus bermain di fikiran saya hingga kini. Jika sesuatu yang saya harungi menemui jalan buntu.. kepada emaklah saya memohon kemaafan dan bertanya jika ada salah tutur kata/ perlakuan saya yang menyakitkkan hatinya tanpa disedari.
Dan begitulah saya pada hari ini.. memaafkan semua kesalahan yang Along lakukan dan menghalalkan segala-galanya kerana Along bakal menduduki PKSR 2 esok. Walaupun Along masih anak kecil yang tidak mempunyai dosa.. saya tidak mahu kata-kata yang pernah saya hamburkan menjadi penghalang kepada kejayaannya.
sekadar gambar hiasan : bayurini.wordpress.com/
Semoga Along dapat melakukan yang terbaik dan mendapat keputusan yang terbaik untuk dirinya. Menjadi anak sulung.. sememangnya saya meletakkan harapan yang tinggi pada diri Along.
SEMOGA BERJAYA ANAKKU...