Kalau dah tak tahu nak buat apa... kepala mula ler mereka macam-macam. Melayari dunia maya.. ada satu jer yang buat orang perempuan tak tahannn...
Apalagi?
Terliur melihat gambar-gambar makanan ler. Mulalah nak dicuba. Kena-kena buka blog ni.. orang ni buat kek. Buka blog tu.. orang tu buat kek. Tak boleh jadiii.. nak buat kek jugak lahhh..
Tak peduli.. siang ke.. malam ke.. kalau dah datang mood rajin.. jalan...
tepung gandum
masukkan susu
masukkan gula
masukkan milo dan serbuk koko... ehhh jari siapa pula yang gebu tuuu?
laju beno Along masukkan telur.. takdan snap..
Along sibuk nak interframe.. kacauuu..
adunan yang dah ditapis..
masuk dalam periuk untuk dikukus
Hasilnya?
Tungguuu..