TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, December 13, 2010

Penunggu Bukit

Terkesima seketika bila suami menegur kenapa tak di potong sahaja bukit yang ada supaya jalan ke kampung menjadi lurus dan tidak seperti ular di palu. Kalau ikutan logik.. iya juga. Lagi pun.. jalan tersebut agak bahaya apalagi melibatkan gaung yang dalam bersebelahannya. Kenapa mereka tak potong bukit yang jadi penghalang?

Dengar cerita... ada cerita di sebaliknya. Bukit tu memang tak dapat dipotong. Dah cuba... tak berjaya. Dengar kata ada penunggunya. Pada insan-insan yang terpilih... ada yang pernah melihat ia bertenggek di bukit tersebut. Tak tahulah kebenarannya. Yang selalu jadi mangsa... mat rempit. Tahu-tahu... dah rempit bersama-sama. 

Kawasan Felda.. asalnya tahu-tahu jelah kan. Tak mustahil memang itu tempatnya. Bila diberi kemajuan... seolah-olah kita yang menceroboh tempat penginapan mereka. Setakat ini.. takda kemalangan yang berlaku kerana pemandu sememangnya berhati-hati. jadi... biarlah bengkang bengkok pun asalkan tak menjadi insan terpilih. Tak gitu???