TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, December 13, 2010

Bila Along diburu Ah Long

Saya mengenalinya sebagai Along. Memaparkan kisahnya bukanlah untuk menceritakan aibnya tapi sama-sama merenung ikhtibar yang harus diambil. Along dah berkahwin dan mempunyai dua orang anak yang masih kecil. Tinggal bersama keluarga mertua dan dia dan isteri sama-sama bekerja.

Itu yang membuat kami (masyarakat sekeliling) tidak faham kenapa Along berutang kepada Ah Long. Kalau disebabkan mengikut kemahuan isterinya... apa yang kami dengar.. duit gaji pun tak diserahkan apalagi duit Ah Long. Tinggal dengan keluarga mertua.. semuanya pihak mertua tanggung. Bunga pada Ah long sahaja RM500. Berapa jumlah yang dipinjam... tidak diketahui.

Kisah Along yang berutang kepada Ah Long mula menjadi perbualan bila ibu Along cuba meminjam dari jiran-jiran untuk membantu anaknya. Kebanyakan jiran... bukan tidak mahu membantu tetapi memikirkan bagaimana Along nak bayar semula wang dipinjam jika hutang pada Ah Long tak habis-habis? 

Persoalannya sekarang...

Wajarkah Along ditolong?

Kejamkah masyrakat jika tidak membantu Along?