TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, December 22, 2010

Kot tingkap lagi.. - Pasrah

Sampai tak dapat dibaca saiz baby bila discan waktu checkup yang terakhir. Petandanya... kandungan teramatlah besar melebihi 4kg. Tiada pilihan lain... pembedahanlah jawapannya.

Memang menangislah kat hospital tadi. Cuba memujuk rayu doktor minta dimasukkan ubat sahaja dan minta tarikh kelahiran ditunda. Akibatnya... dengarlah dua tiga orang doktor berleter memberi kaunseling.

Jangan pentingkan diri sendiri! Saya memang dalam situasi yang serba salah. Tak tahu untuk dijelaskan apa yang terbuku di jiwa saya pada waktu itu.

Akhirnya.. saya telah menandatangani surat kebenaran untuk di bedah. Pasrah dan redha setelah diberi khidmat kaunseling oleh jururawat, berbincang dengan suami dan bertanyakan pandangan sahabat yang lain.

Lima tahun menunggu... biarlah segalanya selamat dan dipermudahkan...

Ya Allah.. lindungilah hambamu ini...