TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, December 22, 2010

Bukan Fatimah yang digenggam - Ini akar genggam fatimah.. ohhh.. gitu

Teruja sungguh pertama saya mengenali tumbuhan ini. Akar genggam fatimah... tidak sama dengan fatimah yang digenggam apalagi kacip fatimah. Jangan keliru... akar genggam kacip fatimah dikhususkan untuk ibu-ibu yang bakal bersalin bagi memudahkan proses bersalin tetapi kacip fatimah pula digunakan selepas bersalin bagi proses merapatkan. Jangan silap guna.. buruk padahnya.

 akar genggam fatimah yang masih kuncup...

Akar genggam kacip fatimah yang saya perolehi ini adalah ihsan rakan sekerja saya. Punya lama dia simpan akar genggam fatimah ni. Mahunya tidak... anak terunanya semua dah besar-besar belaka dan dia pun boleh bergelar opah bila-bila sahaja. Punyalah tahan. Tak rosak.. tak berkulat dan tak makan di bubuk. Katanya.. akar ni dia beli di Mekah masa muda dahulu.

 rendam akar genggam fatimah ni dalam air dan tunggu hingga kembang

Air akar genggam fatimah ni boleh diminum setelah kandungan berusia tujuh bulan dan diamalkan hingga saat melahirkan. Bacalah bismillah, selawat dan surah-surah tertentu sebagai amalan, Dan seperti biasa... setiap perkara yang kita lakukan adalah ikhtiar dan hanya kepada Allah kita bermohon dan berserah.