TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, December 22, 2010

Air selusuh - Rupa-rupanya...

Air selusuh cukup sinonim dengan ibu-ibu yang bakal melahirkan anak. Air selusuh di turunkan turun temurun kepada generasi kini oleh generasi lama dengan tujuan memudahkan ibu-ibu melalui proses bersalin. Dua orang anak... hanya sekali sahaja saya minum air selusuh kerana anak yang kedua lahir melalui proses pembedahan.

 gambar hiasan: google

Asal usul air selusuh?

Ada dua jenis air selusuh dari pembacaan yang diperolehi. Yang pertama, air kosong atau air zam zam yang yang dibacakan ayat2 al-Quran tertentu dan yang kedua pula air yang sama tapi ditambah dgn herba2 tertentu. Samaada ianya jenis yang pertama atau yang kedua... tujuannya tetap sama iaitu 
untuk menguatkan lagi proses kontraksi rahim ketika proses melahirkan anak agar kesakitan yang ditanggung berkurangan.

Namun begitu... mengikut amalan yang sebenarnya... air selusuh hanya boleh diminum apabila pintu rahim telah terbuka dalam kiraan 5cm. Meminum air selusuh semasa kontraksi berlaku sedangkan pintu rahim belum terbuka akan mendatangkan masalah fetal distress yang memaksa kelahiran secara pembedahan dilakukan.

Namun sesuatu yang harus diingat... kemujaraban air selusuh adalah dengan izin Allah dan bukannya mempercayai air selusuh tersebut yang mempunyai kuasa yang tersendiri.