TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, October 26, 2010

Masaku - Untuknya...

Agaknya... ini adalah satu perasaan yang biasa dialami oleh seorang ibu. Anak yang nak periksa... ibu yang rasa serba tak kena. Kalau nengok anak... rileks jer... ibu yang lebih-lebih. Inilah agaknya rasa yang Kak Jie dan Kak Normah katakan... 

"Ada rama-rama dalam perut!"

Memantau anak mengulangkaji pelajaran terutama pada hari peperiksaan sedang berlangsung bukan sekadar mengharapkan anak mendapat keputusan yang baik. Bagi saya... semuanya berbalik pada mendisiplinkan diri anak-anak. Pada waktu inilah... kita, sebagai ibu mengajar anak mengetahui yang peperiksaan itu merupakan sesuatu perkara yang agak penting dalam hidupnya dan untuk itu anak perlu tahu membezakan antara hari persekolahan yang biasa dan hari peperiksaan.

Dan kerana inilah juga kunjungan saya ke blog rakan-rakan dan mereka yang hadir agak terbatas. 

 Masaku- Untuknya...
gambar: google

Walau apa-apa pun.. kalian pasti ku jenguk..

InsyaAllah..