Memang mudah untuk menarik perhatian anak gadis yang sedang meningkat naik. Apalagi jika wang yang menjadi pilihan utama. Dengan kehendak yang melebihi keperluan.Gaya hidup glamer yang dikejarkan. Tak mustahil ramai yang mengambil keputusan untuk memilih jalan mudah ini.
gambar hiasan: google
Bukan isu baru. Masalah yang telah lama wujud tapi mungkin tidak segalak zaman kini. Tawaran kerjaya dengan gaji ribuan ringgit. Siapa tak tak kelabu mata? Dijanjikan dengan kemanisan yang kerjayanya amat mudah sekali dan pulangannya RM6000.00 sebulan pasti dalam tangan.
Itu di zaman remaja saya. Tugasnya hanya bekerja di kelab malam. Dengan penerangan yang diberi... kamu hanya perlu menyediakan minuman kepada pelanggan dan melayan pelanggan berbual. Tidak lebih dari itu. Hakikat yang sebenarnya tidak diperjelaskan sama sekali. Tiada siapa akan memperincikan tentang risiko-risiko lain yang ada. Pelanggan 'ulat bulu' yang menaburkan wang secara halus sebelum diri terpengaruh dan akhirnya memilih menjadi hamba wang demi kemewahan yang dikejari.
Memang mudah benar kalau tiada pegangan dan tak kuat iman. Seperti mereka yang terjebak pada masa kini. Bila kaki melangkah dan bergelumang kemaksiatan... amat sukar untuk berpatah semula. Apalagi mata hati dah tertutup dek maksiat yang semakin bertambah dari masa ke semasa.
Jangan mengambil sikap untuk mempersalahkan. Secara jujur.. mereka yang sebegini memerlukan bantuan orang luar untuk membawa mereka keluar dari kancah ini. Jika berharap untuk mereka kembali ke pangkal jalan dengan sendiri... seperti menanti "buah yang tak gugur"lah jawapannya.
Jom bantu mereka jika mereka berada di sekeliling kita...