TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, November 1, 2010

Dah lama tak shopping - Rasa terharu sangat

Bukan sebarang shopping tapi shopping yang melibatkan barangan bayi. Alhamdulillah... semua barang persediaan untuk menyambut kelahiran orang baru dah lengkap secara asasnya. Memang rasa nak menitis airmata. Maklumlah... lima tahun menunggu. Rasa macam mengandung anak sulung semula.

sekadar gambar hiasan: coretanuda.blogspot.com

Saya memang tak pernah merancang keluarga. Kalau ikut niat di hati... nak penuhi kuota yang kerajaan beri. Lima orang anak. Tapi.. apakan daya. Dua kali gugur sebelum dapat anak yang sulung. Jarak yang sulung dan yang kedua pula 2 tahun. Lepas tu... tak nampak apa-apa. Berusaha adalah sikit-sikit tapi saya memang menghadapi masalah dengan keadaan hormon dalam badan. Period saya pun tak stabil.

Nak jadi rezeki.. mengandung kali ketiga bila saya mulakan diet dengan nekad. 8kg berat badan saya turun. Bukan niat nak slim sangat tapi untuk kesihatan juga. Bila dikhabarkan dengan khabar gembira yang saya mengandung lagi... takde dikisahpun dengan berat badan yang bakal naik semula waktu mengandung nanti. Yang paling penting... saya mengandung. Dan khabar gembira juga... berat badan saya tidak naik mendadak dan belum lagi mencapai berat badan asal sebelum saya berdiet dulu.

Nak tahu produk apa yang saya gunakan semasa proses diet dulu? Jusmate 5. Agak rasi juga saya dengan produk ini. Mula-mula tu... dalam dua tiga hari memang badan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan produk ini tapi bila dah lebih seminggu... saya tak rasa lapar lagi tapi tidak pula kehilangan tenaga. Pengurangan berat badan pula tidaklah terlalu mendadak. Rasanya... dalam dua bulan lebih rasanya saya dapat turun 8kg tu.

Masih belum mengetahui jantina anak dalam kandungan. Biarlah suprise. Walaupun memang saya inginkan seorang puteri tapi yang penting... anak yang bakal saya lahirkan nati berada dalam keadaan sihat, selamat dan sempurna. Cuma... sekarang saya berdebar-debar samaada saya boleh bersalin secara normal atau terpaksa melalui proses pembedahan sekali lagi. Kalau ikut sejarah perubatan sekarang... saya akan bersalin dua minggu lebih awal dari tarikh yang sebenarnya.

soksek: Harap-harap boleh dapat tarikh cantik 010111