TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, October 21, 2010

Murid ituuu... - Adakah benak hatinya yang menjadi punca kemerosotan pelajarannya??? Kamu tonton video lucah?

Kegatalan murid lelaki ni memang terserlah sejak di tahun 2 lagi. Takda maknanya dia berani gatal waktu saya mengajar. Yang saya dengar.. dia buat hal di luar. Bayangkanlah.. baru tahun 2 tapi dah pandai selak dan masuk dalam kain budak perempuan. Bukan setakat tuu.. kalau tulis surat... siap berbau lucah!

Murid ni bukan setakat dah kena basuh.. siap berus pakai dawai besi.. rendam dalam clorox.. tenyeh habis-habisan fikirannya. Sekarang dah tahun 4. Masa mula-mula dulu nampaklah perubahannya... dah mula baik malah dilantik menjadi ketua kelas pula. Prestasi pelajarannya pun semakin baik dan selalu dapat markah matematik yang tertinggi dalam kelas.

Namun sejak akhir-akhir ni saya perhatikan keputusannya kembali merosot dan perangainya seperti kembali ke asalnya. Walaupun tidak buat hal waktu saya mengajar tapi keputusannya yang merosot membuatkan saya mula menyiasat apa yang tak kena. Seperti yang dijangka... dia telah kembali ke perangai asal. Gatal dengan budak perempuan dan suka bercerita perkara yang berbau seks. Malah... dari cerita yang saya perolehi... dia dah pernah tengok video blue! Kawan-kawannya pula terdiri daripada mereka yang berumur terutama pelajar-pelajar sekolah menengah.

 gambar hiasan:google

Benak hati punca kemerosotan pelajarannya? Maklumlah... sebagai orang Islam... kita sendiri tahu apa akibatnya jika menonton video blue. Apalagi jika terdedah sejak dari kecil lagi. Saya belum berbicara empat mata dengannya mengenai perkara ini. Agaknya... apa langkah yang paling sesuai supaya saya dapat menyedarkan dia? PKSR 2 akan berlangsung minggu hadapan. Rasa terkilan jika dia tak dapat keputusan yang baik hanya kerana mengikut nafsu. Lagipun... ianya bukan hanya kerana PKSR semata-mata tapi yang paling penting ialah hidupnya pada masa depan tak rosak dek kelakuan yang tidak bermoral...