TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, November 21, 2010

Berpantang selepas melahirkan - Luka di dalam siapa yang tahu?

Saya memang hairan dengan ibu mengandung yang taknak berpantang selepas bersalin ni. Kalau ikutkan... saya pun bukanlah seorang yang terlampau disiplin sangat tapi masih tetap berpantang. Bila bersalin anak kedua dulu.. saya melalui kaedah pembedahan. Sedih rasanya bila tak dapat berpantang seperti bertungku dan berbarut.

Udahlah dapat cuti. Lepas tu taknak berpantang. Masa ni lah nak bela balik tubuh badan tu. Kadangkala memang ler rasa sihat tapi yang menderita di dalam rahim tuuu. Luka yang tu kita tak nampak. Jangan dikira bahagian luar badan sangat. Bayangkanlah rahim membesar selama 9 bulan lepas tu tetiba mengecut. Memang kena repair habis-habisan.

Kalau nak diumpamakan luka dalam rahim tu adalah seperti kulit yang lukanya berkeping-keping lepas tu kita tanggalkan kepingannya. Hahhh... begitulah rupa dalam rahim tuuu. Yang luka di bahagian kulit kita ni pun susah nak sembuh... apalagi yang di dalam?

Janganlah dikira sangat bahagian luka episiotom. Luka episiotom hanyalah luka bahagian luaran yang mengambil masa untuk sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari jika betul cara penjagaannya. Luka pada rahim tu yang mengambil tempoh masa yang lama untuk sembuh. Itu sebab... ada ibu-ibu yang boleh meninggal gara-gara pendarahan yang melampau jika mengadakan persetubuhan selagi luka tersebut belum sembuh. 

Tiada siapa yang akan menghargai tubuh badan kita melainkan diri kita sendiri. Setakat kebebasan yang dikejar berbanding tempoh berpantang 40 hari tu apalah sangat. Jangan nanti.. kerana tak suka melayan perkara yang remeh temeh ketika berpantang... suami pula buat hal. Kalau tak sayang diri sendiri pun.. sayanglah anak yang baru dilahirkan kerana apa yang dilakukan ketika berpantang turut mempengaruhi mereka. 

 kalau meroyan lagi susah...
gambar google

Soksek2: Geleng kepala bila lihat ibu sedang berpantang mengusung baby melihat konsert. Sabar je lahhh...