TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, November 12, 2010

Murid 11 tahun dibedah supaya kandungannya dapat diselamatkan - Bayangkanlah perut anak sekecil itu yang terpaksa mengusung 9 bulan 10 hari angkara bapa saudara sendiri

Kes yang dikhabarkan ketika saya berada di wad tempoh hari. Menjadi mangsa rogol bapa saudara yang kita sendiri pun tak tahu nak gelarkan apa manusia seperti itu. Mangsa yang baru sahaja kedatangan haid pertamanya telah menjadi kerakusan bapa saudaranya hingga menyebabkan dia hamil.

 gambar: google

Tak dapatkan bayangkan keadaan mangsa yang terpaksa menjalani pembedahan demi menyelamatkan nyawa mangsa dan anak dalam kandungannya. Apalah yang diketahui oleh kanak-kanak berumur 11 tahun mengenai proses bersalin.

Andai kata anak yang dilahirkan diberi sebagai anak angkat sekalipun... mana mungkin ingatan mangsa terhadap kejadian yang berlaku luput dari ingatannya. Dengan parut yang kekal berada di perut... belum lagi parut yang kekal di ingatan. Mesti mangsa berada dalam keadaan trauma sepanjang hidupnya.

Kes yang semakin berleluasa... mudah-mudahan ada penawarnya..