Bila manusia asyik berfikir tentang hak. Memang susah jadinya. Lebih susah jika hak sendiri yang diutamakan sehingga mengabai hak orang lain. Memang cikgu-cikgu ada hak melarang murid-murid membawa duit belanja dari yang sepatutnya. Terkandung dalam buku peraturan sekolah. Hak yang termaktub... kenapa tak diselidik?
Ibubapa yang hanya memikirkan hak anaknya untuk berbelanja secukupnya. Bagaimana tidak terlintas di fikiran mereka perasaan murid-murid lain yang tidak mampu berbelanja seperti anak mereka? Murid-murid sekolah... yang terdiri daripada anak-anak kecil juga lebih mengutamakan hak mereka tanpa mengetahui buruk dan baik perlakuan mereka. Adakah murid-murid ini tidak berkeinginan untuk memiliki apa yang dimiliki oleh rakan mereka yang berbelanja lebih tadi? Melihat rakan mereka enak berbelanja, membeli makanan yang sedap sehingga mengugat nafsu selera mereka.
Apa kemungkinan yang berlaku?
Jalan salah yang diambil oleh murid yang tidak mampu ini tadi. Lalu.. wujudlah masalah disiplin. Mereka mencuri.. mereka memeras ugut.. dengan tujuan.. hak mereka juga dipenuhi. Mereka bukan patung yang hanya boleh duduk memandang rakan mereka yang mampu enak menjamu selera sedangkan mereka?
soksek: Bila murid ditangkap kerana mencuri di kantin. Nak marah tak jadi... nak nangis tersekat bila alasan lapar yang diberi...
bila senang sedikit... kenapa lupa pada yang susah?
gambar: google