TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, December 16, 2010

Jamu apakah?

Bukan kisah jamu menjamu. Tiada juga jamuan makan. Apa lagi untuk menjamu jin atau yang seangkatan dengannya.

Buntu nak pilih jamu apa untuk diamalkan dalam pantang nanti. Dulu-dulu tak kisah pun jamu apa. Saingan pun tak banyak macam sekarang. Masa pantang anak sulung makan jamu Nyonya Meneer jer. Tengok mak masa pantang adik-adik makan jamu tu.. kita pun makan le jamu tuu. Tak habis pun. Maklumlah.. jamu jenis serbuk. Nak kena bancuh dan punya seksa nak telan. Memang respeklah kat mak yang boleh amalkan jamu tuuu.

Anak kedua pula makan Jamu Selapan. Tak dapat amalkan sangat juga. Bersalin secara pembedahan... ada produk yang kena abaikan. Bekas pembedahan perlu penjagaan yang lebih dari mengamalkan jamu yang ada. Masa tu.. kebanyakan jamu di pasaran hanya sesuai untuk mereka yang bersalin normal sahaja.

Sekarang ni??? Macam-macam jenis produk Jamu Bersalin. Berlambak-lambak. Yang biasa... yang mahal. Yang bersalin biasa... yang bersalin secara pembedahan. Memang buntu dibuatnya. Nak pilih yang mana pun tak tahu. Ada yang kata... yang RM300 ke atas tu elok untuk ibu tapi tak berapa elok untuk anak kerana panas. Nanti anak mudah kena penyakit kuning dan susu badan cepat kering. Yang bawah RM300 pula lambatlah kesannya tapi takda masalah untuk anak. Ibu hanya perlu bersabar untuk mendapat hasil yang baik.

Belum buat keputusan nak pilih jamu yang mana. Ada sesiapa ada cadangan?

Kalau jadi artis... ada jer orang nak sponsor. Takda orang nak sponsor cikgu ke?

Ada sesiapa pernah cuba set jamu bersalin Ambar Kenanga ni?
Dengar cerita produk ni semakin popular sekarang