Baik orang lelaki.. mahupun orang perempuan. Bila kekasihnya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading... selalunya hubungan yang terjalin akan mula goyah apalagi jika diri tidak berjaya mencapai apa yang dikecapi oleh pasangannya.
Bagi orang perempuan yang pasangannya berjaya ke menara gading pastinya dipenuhi dengan pelbagai kekalutan. Apalagi bila memikirkan saingan yang bakal dihadapi. Mampukah sang kekasih untuk terus setia bersamanya bila sentiasa dikeliling oleh sang gadis yang bukan sahaja bijak pandai tapi cukup bergaya. Bagaimana diri dapat mempertahankan cinta jika jauh di mata sedangkan yang di hadapan pasangannya sedang merayu mesra. Walaupun selalunya... orang perempuan yang tidak berada di menara gading mempertahankan cintanya tapi dia sering kecundang kerana dirinya di tolak ke tepi oleh pasangannya.
Berlainan pula dengan orang lelaki. Jika pasangannya berjaya menjejak kaki ke menara gading.. mereka tercabar dari segi intelektual. Sukarnya menerima pasangan yang lebih pandai dan berjaya dari mereka apalagi jika suatu hari pasangannya mempunyai kerjaya yang lebih baik. Jalan penyelesaian... hubungan diputuskan sebelum diri mereka dimalukan suatu hari nanti walaupun sebenarnya malu itu wujud akibat kerendahan pemikiran sendiri.
Agaknya.. sebab itulah pentingnya sekufu dalam sesuatu perhubungan. Walau ada pasangan yang berlainan sekufu yang bahagia tapi bilangannya boleh dihitung. Kebanyakan hanya berjaya di peringkat awal perhubungan tetapi akhirnya menjadi ungkitan bila sekian lama bersama apalagi bila berlaku persengkataan.
gambar hiasan : google
Namun... jika setiap pasangan berpegang pada sikap saling menghormati.. hal begini dapat dihindari. Individu yang berjaya perlu belajar menerima kekurangan pasangan begitulah sebaliknya. Berjaya ke menara gading bukanlah ukuran kejayaan secara mutlak. Mungkin bukan rezeki pasangan kita untuk sama-sama ke menara gading. Tidak menjejakkan kaki ke menara gading bukanlah tanda seseorang individu itu tidak bijak. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.
Kenapa perlu rasa tercabar bila kekasih berjaya ke menara gading?
Adakah dengan memutuskan hubungan dapat mengatasi rasa tercabar tersebut?