TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, October 24, 2010

KOYAK! - Aksi terlampau yang sukar di'cover'!

Koyak bukanlah sesuatu perkara yang menyenangkan apalagi bila berlaku di tempat yang terbuka. Kalau setakat koyak kertas di tempat terbuka pun masih boleh menarik perhatian orang ramai... apalagi jika melibatkan pakaian yang terkoyak. Kena pula siap dengan bunyi yang sikit punya sakit hati mendengarnya. Mana nak cover???

Krakkk!!! Kalau sikit lubang koyak yang terbentuk... mungkin dapat dilindung. Kepit-kepit sikit, minta tolong orang sebelah jalan rapat-rapat atau tutup dengan beg shopping takda hal tapi... kalau muka pun boleh jenguk pada pakaian yang koyak tuuu... aduhhh... mana nak nyorok muka ni?

 bayangkanlah kalau macam ni koyaknyer.. 
urghhh.. di jauhkanlah hendaknya..
gambar: xeatopia.blogspot.com

Perkara buruk ni kalau nak berlaku... mana nak jangkakan? Dressing sikit punya cantik dan vogue gituuu... alih-alih... boleh koyak pula seluar/ kain tuuu. Kena-kena pula bahagian yang terkoyak tuuu. Selalunya melibatkan bahagian yang sememangnya kita nak cover (faham-faham sendirilah kan).

Pernah mengalami kes seluar/ kain koyak di tempat awam?

Apa yang anda lakukan untuk cover diri anda?

Pernah lihat kes yang sama berlaku pada orang lain?

Sebagai individu.. wajarkah kes seperti ini menjadi bahan ketawa bila kita menyaksikannya?

Jangan lupa join GIVEAWAY - Feel The Cosmic