TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Showing posts with label kisah cinta. Show all posts
Showing posts with label kisah cinta. Show all posts

Saturday, October 30, 2010

Bila lelaki mencari semula cinta pertamanya - Untuk apa?

Adakah kerana cinta pertama itu sukar dilupakan?

Atau rindu yang sekian lama terpendam semakin tidak tertahan?

Jalan keluar untuk menangani masalah rumahtangganya?

Friday, October 29, 2010

Kenal-kenal dulu...

Perlukan kita berkenalan terlebih dahulu dengan seseorang sebelum memilihnya menjadi pasangan hidup kita? Cuba mengenali hatinya supaya wujudnya keserasian antara satu sama lain?

Monday, July 19, 2010

Dah setengah mati melahirkan zuriat untuk dirinya tapi kamu masih mengatakan kamu tak cinta?

Saya tak faham.. memang tak faham dan tak mahu faham. Tentang sikap sesetengah orang perempuan yang dah lama berkahwin dan hampir setengah mati melahirkan zuriat untuk suaminya tapi masih mengeluarkan ayat yang dia tidak pernah cintakan suaminya. Kena-kena pula tiada apa salah suami di matanya. Semua lengkap.. perfect.. tiada cacat cela suaminya itu melainkan tiada cinta untuk suaminya. Adussshhh... macamana agaknya nak faham?

Wednesday, July 7, 2010

Sahabat mencari semula kekasih lamanya - Keliru

Gelisah rasa di hati bila mendapat kiriman mesej dari sahabat lama. Mesej yang mampu membuat saya tak tidur malam. Saya memang begitu.. bila perkara-perkara yang melibatkan hati dan perasaan... saya merasakan ianya begitu penting untuk ditangani. Apa lagi bila memikirkan bahawa adakah semua ini berpunca dari sikap saya sendiri? Memang saya akui... saya mengabaikan sahabat saya yang seorang ini. Merajuk... membawa hati kerana merasakan diri tidak diperlukan apabila dia sedang gembira tetapi sentiasa mencari bila dia sedang berduka. Natijahnya? Mungkin sahabat saya bertindak sedemikian kerana dia memang memerlukan seseorang untuk mendengar keluhan isi hatinya. Sayangnya... orang yang dicari saya kira bukan orang yang tepat.

Sunday, April 18, 2010

Bila Putus Cinta - Kenapa, kenapa dan mengapa?

Kenapa yer? Kenapa kita perlu menatap derita bila kecewa. Terutama kecewa bercinta. Kenapa mesti bersugul, meratap hiba atau separuh gila gara-gara kecewa bercinta? Tak kisahlah yang bercouple ataupun suami isteri. Jika cinta itu hilang di pertengahan kehidupan bagaikan sebuah pengakhiran hidup? Bagai tiada lagi mentari yang akan mucul esok atau pun tiada perkara yang lebih penting untuk kita bereskan.