Saya tak faham.. memang tak faham dan tak mahu faham. Tentang sikap sesetengah orang perempuan yang dah lama berkahwin dan hampir setengah mati melahirkan zuriat untuk suaminya tapi masih mengeluarkan ayat yang dia tidak pernah cintakan suaminya. Kena-kena pula tiada apa salah suami di matanya. Semua lengkap.. perfect.. tiada cacat cela suaminya itu melainkan tiada cinta untuk suaminya. Adussshhh... macamana agaknya nak faham?
Apa yang dicari dalam hidup perempuan seperti ini? Kebahagiaan yang diperolehi tidak dihargai kerana tiada rasa cinta? Apa yang ingin kamu kejarkan? Cinta lama? Cinta buat orang yang amat kamu cintai sedangkan kamu tidak tahu hujung pangkal kehidupan bersamanya? Kamu lebih rela mencipta khayalan dalam illusi diri sendiri dari berpegang dengan kebahagiaan yang sedia ada dalam tangan? Jadi... untuk apa kehadiran zuriat yang kamu berikan? Sekadar tanda berterima kasih buat suami sekarang sedangkan yang lebih kamu inginkan adalah zuriat bersama orang yang lebih kamu cintai.
Manusia memang selalu merasa tidak puas dengan kehidupan yang ada kan? Jangan sesekali jadi isteri yang tidak menghargai kebahagiaan yang dikecapi. Cinta yang kamu rasa lebih utama itu hanyalah mainan syaitan untuk menyesatkanmu. Hati sendiri boleh dibentuk. Bentuklah hatimu mencintai orang yang lebih mencintai dan telah memberikan yang terbaik untukmu. Kamu pasti akan menemui lebih kepuasan di situ berbanding mengejar apa yang kamu tak dapat nanti yang dikendong bakal berciciran. Lihat dan belajar dari pengalaman di sekeliling.
genggamlah tangannya erat.. nescaya dia takkan melepaskanmu apalagi di saat kamu memerlukan..