TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, April 18, 2010

Bila Putus Cinta - Kenapa, kenapa dan mengapa?

Kenapa yer? Kenapa kita perlu menatap derita bila kecewa. Terutama kecewa bercinta. Kenapa mesti bersugul, meratap hiba atau separuh gila gara-gara kecewa bercinta? Tak kisahlah yang bercouple ataupun suami isteri. Jika cinta itu hilang di pertengahan kehidupan bagaikan sebuah pengakhiran hidup? Bagai tiada lagi mentari yang akan mucul esok atau pun tiada perkara yang lebih penting untuk kita bereskan.

 gambar google

Kenapa kita perlu bazirkan airmata untuk sebuah kekecewaan yang menyakitkan? Kenapa perlu dikenang perkara-perkara yang dulunya indah tapi pengakhirannya menyusuk jiwa. Kenapa sukar untuk membina semula diri untuk terus kuat bangun menghadapi perjalanan hidup yang masih panjang? Kenapa kita sanggup mengabaikan insan-insan lain yang menyayangi dan memerlukan cinta hanya kerana kecewa bercinta?

Tiada siapa yang akan memulihkan diri kita melainkan kita sendiri. Jika kita berpegang pada qada dan qadar... terimalah setiap musibah dengan keikhlasan. Redhalah dengan segala hikmah disebaliknya. Sikap kita yang tidak mahu menerima hakikat dengan meratap hiba, sumpah seranah, maki hamun, tak hirau dengan dengan keadaan sekeliling kita hanyalah hasutan syaitan yang ingin menyesatkan umatnyer. Sayangi diri sendiri. Masih ada sinar yang kita tak jangkakan di kehidupan yang seterusnya.