Tolong yer... kita sama belajar undang-undang jalanraya kan.. Kamu ada tempat khas untuk kenderaan kamu. Di situ tempat untuk parking kenderaan-kenderaan seperti yang saya ada. Kamu boleh letakkan kenderaan kamu merata-rata hatta ditempat kenderaan saya sekalipun. Tapi kenderaan saya jenis istimewa. Yang tidak boleh di parking sesuka hati. Apalagi parking di tempat kamu. Kalau saya buat juga pasti berbakul-bakul maki yang terkumpul tapi kamu tidak pula.
Tolonglah bertolak ansur. Saya dah lama bersabar. Jangan naikkan amarah saya. Sana sini kenderaan jenis itu berleluasa. Kadangkala di tipu sengaja tidak sengaja. Ingatkan kosong parking yang ada. Tetiba saja ada kamu di sana. Jangan suruh saya ubah kenderaan kamu itu. Takde masalah jika saya terpaksa melakukan. Saya cuma tidak mahu mengeruhkan keadaan. Sama-samalah kita bertolak ansur yer...
kenderaan bertayar dua ini... tolong jangan ceroboh tempat parking kenderaan bertayar empat yer.. tempatnyer sendiri kan ada... sama-samalah bertimbang rasa..