TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, April 18, 2010

Artis yang ni ramah tauuu.. tak tipuuu

Bercakap tentang artis ni... dia bukan ada perhubungan darah dengan saya pun. Sepupu tidak... bersaudara jauh pun bukan. Cuma saudara seislam sahaja. Saya sukakan sikapnya yang ramah dan mesra. Yang bersikap seperti orang biasa bukan seperti artis yang giler glamer. Pernah tinggal dalam kejiranan yang sama. Dia akan bertegur sapa dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya. Bersembang dengan kita seakan rakan lama walaupun bukan sekolah yang sama. Agaknya sebab itu rezekinya sentiasa murah walaupun ada juga terbaca komplen manusia yang tidak sukakan caranya. Siapa dia?.. Jeng...jeng..jeng..

opocottt.. ni haaa.. Wahid Senario
(gambar google)

Tak tipuuu.. orangnya memang sangat ramah. Wahid yang lebih dikenali sebagai Wahid Senario atau Wahid Melodi. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu dia akan pulang ke Ipoh menjenguk isteri dan anak tercinta. Setiap kali dia balik ke Ipoh dia akan berkunjung ke gerai makan mak saya. Ader je benda yang nak disapa. Bertanya tentang anak kita macamlah dah lama dia kenal dengan saya. Ya... anak sulung kami sebaya. Anak dia memanggilnya dengan panggilan Apak. Perak jati tuuu. Kalau jumpa dengan geng-gengnya selalunya dia tidak lokek untuk belanja. Semua dia bayar. Tak banyak kira.

Saya harap Wahid terus kekal dengan keperibadiannya. Jangan sesekali lupa diri. Walaupun zaman Senario telah berlalu tapi Wahid masih tetap diingati. Perniagaan yang dijalankan oleh Kak Lily (isteri Wahid) pun nampaknya semakin maju. Mana tahu nanti.. untung-untung boleh letak iklan kat blog saya niii. Isteri Wahid saya panggil kak tapi Wahid saya panggil Wahid. Nak panggil abang Wahid rasa macam terlebih sudahhh.. Semoga rumahtangga pun aman bahagia selamanya.