TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, April 18, 2010

Peserta Ujibakat Nyanyian - Kenapa beri mereka harapan palsu?

Sambil-sambil blogwalking tadi mata terjeling dan telinga terdengarlah pula rancangan uji bakat mentor yang disiarkan di TV3. Bukan kerana kemerduan suara peserta-peserta tetapi kelunakan yang tidak dapat diterima dek telinga. Begitu besar harapan mereka mengejar cita-cita. Mempertaruhkan bakat yang tak seberapa. Ehhh... saya bukan nak mengeji malah saya kagum dengan semangat yang mereka punyai. Tidak peduli makian dan nista... mereka tetap berusaha.

Bercakap tentang suara bagi saya semua manusia mempunyai suara yang sedap. Tak dapat menilaikan sebenarnya suara siapa yang sedap atau tidak kerana kita mempunyai selera sendiri.  Kadangkala, kita perlu mengetahui kemampuan diri sendiri. Mungkin suara kita tidak sesuai dengan lagu yang dibawa. Jangan pilih lagu yang kita suka sebaliknya pilihlah yang bersesuaian dengan suara kita. Di situlah baru kita ketemui di mana kelebihan suara kita. Ada juga yang diberikan harapan palsu. Sokongan dari rakan-rakan atau orang sekeliling. Kenapa tidak berkata yang benar? Adakah takut mereka terasa? Kita memberi sokongan tapi tidak bersedia pula jika mereka-mereka ini kecewa akhirnya.

Adalah lebih baik jika penuhi ilmu didada sebelum menyertai mana-mana ujibakat nyanyian. Contohnya, masuk kelas vokal ke... masuk beratus-ratus pertandingan ke.. Di situlah kita akan timba pengalaman dan mematangkan diri. Dari situ juga kita dapat mengenal kelebihan dan kelemahan diri. Jika kita tidak berjaya terpilih pun mungkin masanya belum tiba. Yang penting kita telah berikan yang terbaik dari apa yang kita ada. Orang kata, kita kalah pun bermaruah. Tapi itulah anak remaja zaman sekarang, cita-cita tinggi menggunung tapi ilmu yang adooo.

Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor menimba pengalaman terlebih dahulu sebelum berada di puncaknya..
(gambar google)