TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, November 26, 2010

Berkesanlahhh - Menjadi...

Hai.. semut.. macamlah takda tempat lain kamu nak tinggal. Dalam telinga ni juga yang dipilih. Kruk.. kruk dengar bunyi dia melakukan aktiviti melepaskan diri. Mahu tak mengelabah bila semut masuk dalam telinga.

 gambar google

Buntu apa yang harus dilakukan. Takkan nak dibiarkan jer semut dalam telinga ni? Cuba masukkan air dalam telinga pun tak mahu keluar. Kang jadi masalah lain pula. Google.. jangan tak google..

Terjumpa satu petua. Memang tahu tentang petua ni tapi menuntut tak habis. Nak tahu petua yang boleh dikatakan berkesan juga mengatasi masalah semut yang masuk dalam telinga? Ini langkah-langkahnya...

1. Tutup bahagian telinga yang tak dimasuki semut dengan jari.

2. Tarik nafas dalam-dalam.

3. Tutup lubang hidung.

4. Hembus nafas sekuat hati ketika langkah 1 dan 3 dilakukan.

5. Ulang dua tiga kali atau sampai semut keluar.

Alhamdulillah. Menjadi dan berkesan. Keluar semut tu. Lega rasanya. Semoga pengalaman ini dapat membantu mereka yang menghadapi masalah yang sama jika terjadi...