TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, November 13, 2010

Banyak betul kes mengandung tanpa suami - Oooo.. gelarannya 'Single Parent' juga

Ketika menunggu giliran untuk diperiksa oleh doktor sebelum dimasukkan ke wad tempoh hari saya berdepan dengan berbagai-bagai kes yang ada. Ada yang mengandung anak kembar 24 minggu dan sedang turun darah, ada yang telah ada tanda-tanda awal sakit nak bersalin dan tak kurang beberapa kes mengandung tanpa suami.

 gambar hiasan: google

Memang semuanya masih muda belia. Saya pula yang rasa tebal muka bila mendengar soalan dari doktor yang bukan bangsa sendiri kepada mereka yang sama bangsa dengan saya... "Kenapa tak kahwin?"

Kes yang pertama... ini adalah anak keduanya. Yang pertama juga anak tak sah taraf yang sudah pun berumur setahun lebih. Tinggal di rumah kebajikan kerana dihantar oleh abangnya. Masih dalam jagaan ibu bapa. Tak tahulah apa masalahnya hingga mengandungkan yang kedua juga tanpa suami. Namun... dari riak wajahnya.. selamba jer... bagai tiada apa-apa dan semuanya seperti biasa. Dia juga turut tersenyum gembira menceritakan telatah anak sulungnya yang berada dalam penjagaan ibunya.

Kes kedua. Bergaduh dengan suami pertama tapi masih belum bercerai secara sah. Mengatakan yang dirinya sudah berkahwin lain dan hanya berterus terang setelah diasak dengan pelbagai soalan. Katanya... mereka akan berkahwin. Dia tinggal bersekedudukan dengan lelaki yang kedua kerana ramai menyangka dia sudah berkahwin dengan lelaki tersebut.

Ada beberapa lagi kes lain tapi yang dua kes ini yang saya dengar dengan teliti dan sempat berbicara dengan mereka. Bukanlah tujuan nak mendedahkan aib orang lain tetapi memikirkan kenapa perkara ini terus terbiar. Seperti kes yang pertama, kenapa dia boleh hamil anak luar nikah sebanyak dua kali sedangkan dia berada dalam penjagaan keluarganya? Adakah dia mangsa sumbang mahram? Adakah ibu bapa dan ahli keluarganya jenis open minded? Atau... mungkin jenis anak yang tak makan saman? Berbagai-bagai jenis soalan yang bermain di fikiran.

Dalam kes yang kedua pula... tiadakah masyarakat yang tahu status wanita tadi? Kalau tiada sekalipun... bagaimana dengan ahli keluarganya yang lain? Kenapa membiarkan maksiat ini berleluasa? Malas ambil kisah hingga sanggup memikul dosa?

Kadangkala... kita selalu menyalahkan mereka yang terlibat atas segala permasalahan yang berlaku hingga terlupa tanggungjawab kita. Kita selalu beri alasan malas ambil tahu kerana orang seperti ini tidak boleh dinasihati sedangkan kita tidak pernah mengambil apa-apa tindakan... bagaimana pula kita bercakap tentang sesuatu yang belum kita tahu hasilnya?

Dunia sekarang... kena jadi busy body supaya diri tidak dipersoalkan? SETUJU?