TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, November 14, 2010

Berkhalwat dan berdua-duaan dengan bukan muhrim tu lain tauuu.. - AWAS!

Mereka akur ketika ditangkap oleh pegawai pencegah maksiat walaupun mereka telah menjaga tatasusila sebaik-baiknya (bagi mereka).

Mereka hanya duduk untuk menikmati keenakkan burger bagi mengisi perut yang kekosongan...

Itupun setelah mereka habis berfikir untuk duduk di mana bagi mengelakkan fitnah..

akhirnya.. mereka memilih untuk duduk di sebuah bangku yang terletak berhadapan dengan Taman Kanak-Kanak yang dipenuhi dengan golongan ibu bapa yang membawa anak mereka bersantai...

belum sempat perut diisi... datang beberapa insan yang mendakwa mereka adalah pegawai pencegah maksiat dan meminta ic diserahkan...

akhirnya... mereka didakwa atas kesalahan berdua-duaan dengan bukan muhrim dan di denda RM600 (wanita) dan RM800 (lelaki) setelah dibicarakan...

Awas untuk pasangan yang keluar ber'dating'. Walaupun anda tetap dengan pendirian anda yang anda menjaga tatasusila yang ada tapi itu bukan alasan untuk menegakkan 'benang yang basah'...

Jika sabit kesalahan... anda tetap bersalah..

dan harus diingatkan... ANDA MEMANG BERSALAH dari apa sudut sekalipun sekiranya ianya melibatkan bukan muhrim...

segalanya ada garis panduan... guna pakai jika tidak ingin menjadi mangsa...

jaga batas pergaulan anda
gambar: google