TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, November 25, 2010

Harga "SENI PERUT"

Orang seni nii.. kadangkala apa yang mereka fikirkan tidak sama seperti apa yang kita fikirkan. Maklumlah... kebanyakan di kalangan mereka mempunyai otak yang kreatif. Maklumlah... bila nak bersaing dalam bidang yang bernama seni... tanpa idea kreatif.. agak susah juga untuk mencipta nama.

Menerima tawaran untuk merakamkan gambar di bahagian perut sahaja. Ishhh... biar betul. Perutku bukan perutmu. Perut MAK BUYUNG. Perut yang mempunyai nilai komersial yang tinggi kata mereka. Adakah???
Ishhh... tak kuasaaa...

Walaupun mereka menegaskan tiada siapa yang mengetahui perut tu kepunyaan siapa tapi tak kuasalah nak beri keizinan bahagian perut di rakam sebagai hasil tatapan seni. Bayarlah berapa pun. Hak peribadi yang tak boleh diceroboh! Biarlah semuanya diabadikan dalam kotak ingatan sendiri sahaja.

Ada sesiapa yang sudi bahagian perutnya diabadikan dalam sekeping foto yang kreatif (tawaran untuk ibu mengandung)? Bahagian perut yer... tanpa apa-apa lapisan selain kulit yang asli...

gambar yang ni kreatif tak?
sumber: google