TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, November 25, 2010

Berdarah

Bila bercerita tentang darah.. sedikit sebanyak pasti menimbulkan rasa ngeri. Apalagi bila melihat darah yang mengalir keluar dari tubuh badan. Tiada siapa yang sudi biarkan perkara tu berlarutan...

Dalam seminggu dua ni mata saya sering merasa gatal-gatal diikuti dengan rasa sakit di bahagian tepi hidung. Sangkaan saya... masalah resdung kot sebab saya dah lama tak buat rawatan resdung. Di campur pula dengan selsema yang melanda menyebabkan pernafasan seakan tersumbat. Nak taknak.. terpaksalah bernafas dari mulut...

Nak dijadikan cerita.. semalam tah apa terniat saya nak hembus kuat-kuat. Agak terkejut juga bila melihat darah beku yang keluar dari hidung. Lepas dah keluar darah beku tu... berlambak-lambaklah darah cair yang keluar. Mengelabahlah juga. Bila mendongak (petua untuk menghentikan pengaliran darah dari hidung), saya mengalami masalah sukar bernafas pula. Akhirnya.. saya nekad menghembus darah tu keluar sampai habis.

 sekadar gambar hiasan: infokesihatan4u.blogspot.com/

Selalunya... bila hidung berdarah ianya dikaitkan dengan panas badan. Memandangkan sejak akhir-akhir ni saya memang kekurangan air... saya pun mengiakan juga. Bila bercerita pada rakan... mereka kata tak mustahil itu angkara resdung. Resdung yang teruk akan menyebabkan darah membeku dan tersekat dalam rongga pernafasan dan rupa-rupanya... resdung ni juga merupakan virus kanser kulit.

Tak sangkalah pula masalah resdung saya seteruk itu. Memang ada rakan yang telah menjalani rawatan resdung menggunakan laser bila hidungnya menghadapi masalah. Orang kata.. kalau dibiarkan.. mahu rompong jadi hidung tuuu...

Anda ada pengalaman tentang perkara ini? Semasa entri ni ditaip pun saya masih rasa macam tak cukup nafas tapi bila dihembus tiada darah yang keluar lagi. Ada petua tradisional nak atasi masalah ni? Nak pergi dapatkan rawatan takut membahayakan kandungan. Sudilah berkongsi-kongsi pandangan sekiranya ada...