Tak tahulah kawan saya ni dah habis bengangnya ke belum. Alkisahnya... anak kawan saya ni mendapat tempat pertama dalam PKSR Akhir Tahun baru-baru ni. Selain mendapat tempat pertama... anak dia juga dapat pelajar terbaik untuk matapelajaran BM (Pemahaman), BM (Penulisan) dan Matematik. Kalau ikutkan... anak dia bukan calang-calang juga orangnya. Dalam setiap ujian dan peperiksaan.. mesti di antara lima yang terbaik (tempat pertama hingga kelima).
Nak dijadikan cerita adalah ibu anak lain yang datang komplen. Memang anaknya juga antara top five students tapi mungkin bukan rezekinya untuk PKSR Akhir Tahun kali ini. Ibu ni mempertikaikan kejayaan anak kawan saya memperolehi markah tertinggi dalam matapelajaran matematik. Katanya... anak kawan saya dapat markah tinggi sebab maknya cikgu atau dengan ertikata lain... mak dia dah bocor soalan.
Memang benganglah kawan saya ni. Melampau betul tuduhannya. Ingat cikgu-cikgu yang ada anak yang sekolah sama takda kerja lain ke selain nak bocorkan soalan? Kawan saya ni tak ajar kelas anaknya pun dan tidak juga jaga kelas anaknya sewaktu peperiksaan dijalankan.
Yang ibu mengadu ni pun ada sokongan dari pihak-pihak tertentu. Maklumlah... anak dia aset sekolah. Selain pandai... anak dia juga aktif mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri. Paling-paling tidak... aduannya mestilah diambilkira. Kang... kalau buat tak tahu... merajuk.. pihak sekolah yang rugi. Mengadaplah kawan saya memberi helah bela diri.
Apa anak cikgu ni tak layak ke dapat markah tertinggi ke? Anak cikgu ni takda tempat kat sekolah ke? Kalau kat sekolah ni... anak cikgu tidak diberi apa-apa keistimewaan pun melainkan dengan usaha mereka sendiri. Kalau pandai... masuklah kelas projek. Kalau biasa-biasa.. duduk juga di kelas biasa. Tiada seorang cikgu pun yang pernah merayu nak tempatkan anak di kelas projek jika tak layak. Jadi... apa masalahnya?

Kalau kes ni jadi kat saya... tak tahulah apa tindakan saya. Mahu bertekak agaknya. Kalau nak sangat hadiah tu ambil jer lah. Yang penting kenyataan tetap kenyataan.
Kalau ikutkan bukan semua cikgu yang suka anaknya bersekolah sama dengan tempatnya mengajar tapi keadaan memaksa. Seboleh-bolehnya... kalau ada alternatif lain... memang akan hantar anak tu sekolah lain. Senang cerita... tak banyak kisah...