TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, October 17, 2010

Tak layak jadi cikgu kerana katak?

Masalahnya wujud bila guru sandaran menconteng muka murid sebagai hukuman kerana murid tersebut melihat katak. Katak oh katak.. kenapa kau panggil hujan? Ermmm.. cikgu tu ada salahnya juga. Mungkin kerana dia hanya guru sandaran jadi dia tidak terlatih untuk menangani masalah-masalah sebegini. 

Seorang ibu kepada murid Tahun Satu kecewa apabila guru sandaran menconteng muka anaknya dengan pen atas kesalahan melihat katak di luar kelas. Tindakan guru itu mengejutkan Falzul Zana Abdul Rahman ketika mengambil anaknya yang bersekolah di SK Bandar Tasek Mutiara. Falzul Zana berkata, sekitar jam 12.35 tengah hari, dia ke sekolah untuk menjemput anaknya, Aqmar Shah. “Apabila anak saya muncul, saya terkejut melihat mukanya diconteng dengan pen merah dan hitam lau bertanya apa yang berlaku. Saya diberitahu, muka dia dan tiga lagi rakannya diconteng kerana melihat katak di luar kelas ketika sesi akhir pembelajaran Bahasa Arab". 

“Hati saya terkilan dan marah dengan tindakan tidak bermoral itu. Saya kembali ke sekolah dan mencari ustazah berkenaan untuk mendapatkan penjelasan. Saya bertambah berang apabila guru berkenaan tidak pun memohon maaf". Sikap sedemikian tidak layak untuk seorang pendidik dan tidak layak juga untuk dihormati oleh murid. “Keesokannya, anak saya enggan ke sekolah kerana malu tetapi akur setelah saya memujuknya berkali-kali".

Apa yang saya kesalkan di sini ialah dia hanya guru sandaran tetapi berani bertindak seumpama itu. Sekiranya diberi peluang untuk menjadi pendidik entah bagaimana pula tindakan yang bakal dilakukannya. Bagi saya, seorang pendidik haruslah bersabar dengan kerenah anak didiknya dan saya tidak akan menyalahinya jika dia memanggil anak saya dan murid lain untuk masuk ke kelas dengan cara elok. Apa salahnya dia menggunakan budi bahasa untuk melayan kerenah mereka. Mengapa mesti conteng muka mereka. Inikah sikap seorang guru yang mahu dihormati murid".

Bagaimanapun, perkara itu selesai dalam pertemuan bersama pihak sekolah, PPD Seberang Perai Selatan (SPS) dan juga waris murid. Dalam rundingan berkenaan, guru sandaran itu telah pun memohon maaf kepada waris murid sambil disaksikan oleh Pegawai Pengurusan Sekolah Rendah PPD SPS, Rosli Hashim dan guru besar sekolah berkenaan.

ambil sumber dari sini
 
Tapi kan.. sebagai seorang ibu.. saya akan marah anak saya dulu. Orang hantar ke sekolah suruh belajar.. bukan suruh tengok katak tuuu. Cakap cikgu dengar... bukan nak dengar suara katak..