TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, October 31, 2010

'Beliau' dalam dunia artis

Bercerita tentang penggunaan kata ganti nama 'beliau' kadangkala memang mengelirukan. Selalunya... 'beliau' ni kata ganti nama merujuk kepada individu yang dihormati... berpangkat. Seperti mereka yang berpangkat VVIP, VIP ataupun mereka yang menyebarkan ilmu seperti alim ulama, pensyarah atau guru.

Siti Nurhaliza
gambar: google

Bagaimana pula dengan artis? Ada sedikit pertelingkahan rupanya di sini. Kalau artis tu berpangkat seperti Siti Nurhaliza... terus boleh di bahasakan 'beliau'. Tapi bagaimana pula dengan artis-artis yang tidak berpangkat?

Ada pendapat mengatakan... kalau artis itu banyak mengharumkan nama negara dan tidak terlibat dalam perkara yang boleh menjatuhkan maruahnya maka... bolehlah digunakan kata ganti nama beliau. Artis-artis yang terserlah kesosialannya... gunakanlah kata ganti nama 'dia' sahaja. Namun ada juga pendapat yang mengatakan peribadi artis tidak boleh dicampur dengan kerjayanya. Maksudnya.. kalau dia cemerlang dalam kerjaya dia masih dibahasakan 'beliau' walaupun peribadinya penuh dengan kisah kontroversi.

Perkara ini nampaknya menjadi perhatian pakar-pakar bahasa. Kemungkinan... perbincangan yang lebih mendalam bakal menjawab segala persoalan yang bersarang dalam hati pengguna bahasa. Semoga ada satu panduan yang lebih jelas dalam perkara sebegini...