TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, October 31, 2010

Nak ikat ke?

Tak pernah terlintas dalam fikiran saya tapi bila seseorang yang rapat dalam hidup saya mengesyorkan agar peranakan saya diikat selepas melahirkan anak ketiga nanti membuatkan saya berfikir...

Agaknya... dia kesiankan saya yang selalu berulang ke hospital tiap kali mengandung dan tak sanggup melihat saya menjadi penagih yang diiktiraf kerana terpaksa menyuntik insulin 3 kali sehari.

 gambar hiasan: 1malaysia-sihat.blogspot.com

Siapa ada pengalaman atau mendengar pengalaman orang lain yang telah mengikat peranakannya?

Apa kebaikannya?

Apa keburukannya?

Apa cara terbaik untuk merancang keluarga?

soksek2: Tak pernah lagi merancang keluarga...