Berpeluang menghadiri kursus yang di adakan semalam membuat saya ingin berkongsi ilmu di sini. Berkongsi ilmu yang saya rasakan banyak manfaatnya untuk diri kita umumnya dan diri anak-anak kita khususnya.
Rapat dan mantap! Melibatkan 16 perkataan dalam Bahasa Malaysia yang ditulis secara rapat tanpa proses penjauhan huruf walaupun melibatkan dua ayat. Mengikut penerangan yang diberi... hanya 16 perkataan ini sahaja yang perlu dirapatkan ejaannya. Selain daripada itu... sebarang ejaan yang melibatkan dua ayat perlulah di jauhkan.
1. antarabangsa2. beritahu3. bumiputera4. kakitangan5. kerjasama6. olahraga7. tandatangan8. matahari9. setiausaha10. sukarela11. tanggungjawab12. warganegara13. pesuruhjaya14. ubahsuai15. jawatankuasa16. suruhanjaya
Jom pakat ramai-ramai menulis nota ini di atas sekeping kad manila dan tampal dalam bilik anak-anak kita supaya pengetahuan mereka terhadap Bahasa Malaysia dapat dimantapkan.