TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, October 23, 2010

Kuku buruk

Tak tahulah penyakit apa namanya niii. Ada yang kata 'kuku buruk'. Ada juga yang panggil cengkam. Selalunya... jadi kat ibu jari kaki namun tak mustahil berlaku pada kuku jari tangan. Orang kata... puncanya kerana kuku terlebih potong hingga mengcengkam isi jari. Akibatnya...isi jadi merah.. bernanah dan jika dibiarkan berlarutan... kuku pula menjadi hitam. Ishhh... kalau hitam kuku tu... memang buruk jadinya...

bukan kuku ku: google punya

Mungkin ramai yang dah dah tahu cara mengatasi masalah cengkam ni. Petua yang mudah. Ambil sebiji limau dan potong sedikit. Tebukkan lubang di tengahnya dan bakar isinya. Kemudian... masukkan jari yang sakit tadi ke dalam limau macam gambar di bawah.

 masukkan limau dalam jari yang sakit...

 limau yang dipotong...

limau yang dah dibakar...

 limau: apa salah ku???

Nak tahu apa rasanya? Limau tu... macam dok hisap nanah pada jari tu. Insyaallah... esoknya nanah tu dah kecut dan penyakit semakin pulih. Kalau tak berani cuba petua ni.. beli jer ubat kat farmasi. Harganya dalam RM13 gitu.