Hari Isnin hari tu tiba-tiba jer muntah tak henti-henti. Bila ke klinik.. katanya jangkitan kuman kerana kandungan protein yang tinggi dalam badan. Dapatlah MC sehari. Malangnya.. muntah-muntah berlarutan hingga ke pagi selasa. Nak taknak... terpaksa minta tolong abah hantar ke hospital.
Akibat kekurangan air dalam badan.. saya pun di tahan. Satu setengah hari berada di wad. Doktor syak keracunan makanan tapi saya menidakkannya. Kalau keracunan makanan.. mesti anak-anak terkena sama sebab selalunya kami anak beranak akan makan benda yang sama.
gambar hiasan: google
Fikir punya fikir punya fikir... baru saya teringat yang saya makan passembur pada hari ahad. Memang saya seorang jer yang makan. Mungkin itu pun puncanya. Mengidamkan passembur Penang tapi jauh sangat. Udah ler sedap semacam jer passembur tuuu.. rupa-rupanya mendatangkan musibah.
Syukurlah tak apa-apa. Anak dalam kandungan pun sihat. Cuma... badan kehilangan tenaga akibat muntah-muntah tuuu. Harap-harapnya esok tenaga kembali pulih untuk ke sekolah. Hari Anugerah lagi dua hari. Kalut orang lain nak keputusan kelas. Semoga semuanya settle...