Bukan terperangkap oleh sesuatu kesalahan yang dilakukan tapi terperangkap dalam banjir yang melanda teruk di kawasan utara Semenanjung Malaysia. Sekarang... suami berada di Perlis kerana menjalankan kewajipan sebagai ketua keluarga. Nak lalu sini tak boleh... nak lalu sana pun tak boleh kata suami. Apa-apapun saya berdoa semoga suami berada dalam keadaan selamat.
kata suami.. paras air agak tinggi hingga paras pinggang..
pinjam gambar dari blog cik Jard
Patutlah saya rasa tak sedap hati semalam. Ada jer alasan yang saya berikan supaya suami membatalkan hasratnya ke Perlis tapi kerja tetap kerja. Memang kesihatan saya sejak akhir-akhir ni kurang memberangsangkan dan sememangnya saya memerlukan kehadiran suami disisi. Menjadi orang harapan bosnya menyebabkan suami tiada pilihan lain. Memahami tugas suami... saya rela walaupun membebel.
Risau bila membaca berita yang keadaan banjir di Perlis bertambah teruk malah ada kes yang meragut nyawa. Semoga masalah banjir di Perlis akan pulih dengan kadar segera. Bukan hanya bimbangkan suami tapi turut mendoakan keselamatan semua penduduk di Malaysia terpelihara.