TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, December 29, 2010

Detiknya

Malam 22 Disember 2010
 - Kesakitan mula terasa sebaik sahaja suami memulakan perjalanan ke Perlis. Masih sempat ke rumah jiran berbincang urusan persekolahan anak. Kesakitan berulang dan air ketuban pecah di rumah jiran.

- Bimbangkan kandungan... saya menelefon mak dan abah. Dibawa ke hospital. Pintu rahim dah terbuka 6cm tapi saya tidak dibenarkan untuk bersalin secara normal.

- Dibawa ke bilik pembedahan dalam jam 11 malam. Kesakitan masih terasa dan semakin kerap. Ketika ini saya sedar kenapa saya ditetapkan untuk bersalin secara pembedahan. Sesungguhnya.. hanya Allah yang mengetahui segalanya.

23 Disember 2010
- Proses pembedahan dilakukan dan mengambil masa lebih dari dua jam. Saya kehilangan banyak darah. Kedengaran suara baby dalam jam 1.15pagi. Jantina baby ditunjukkan dan setelah itu baby terus dibawa ke NICU kerana baby terlalu besar dan kekurangan gula dalam darah.

- Seharian saya berehat dan masih belum bertemu dengan anak. Hati semakin meronta-ronta apalagi bila melihat ibu-ibu yang bersama baby masing-masing. Tak sampai 24jam bersama anak pula... baby diarah masuk ke wad 6C kerana nafasnya yang terlalu kencang manakala saya dibenarkan pulang.

- Menjaga baby di wad 6C menguji kewibawaan saya sebagai seorang ibu. Melihat dia berada dalam ikubator dan tidak dibenarkan menyusu selama 24jam menyebabkan airmata saya tumpah. Paru-paru baby berair dan dikhuatiri dijangkiti kuman. Alhamdulillah... selepas di X-Ray... segala-galanya didapati normal.

27 Disember 2010
- Saya dan baby telah selamat kembali ke rumah. Pada hari inilah sepatutnya pembedaham baby ditetapkan tapi takdir penentu segala-galanya. 


* Hanya mampu beberapa ketika di depan laptop melepaskan rindu pada dunia maya. Yang manis untuk dikenang kali ini... ucapan tahniah dari sahabat maya. Sesuatu yang tak pernah saya terfikir suatu ketika dulu. Terima kasih atas ingatan tulus ikhlas dari anda semua.