TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, October 30, 2010

Barah

Patutlah lama saya tidak ketemu dengan jiran yang seorang ni. Membeli rumah di kawasan yang berhampiran tapi hanya di sewakan. Kalau dulu.. lebih kurang 2 minggu dia datang menjenguk. Dalam sebulan tu adalah sekali. Lepas dapat cucu... lama saya tak nampak dia. Fikir saya.. mungkin dia sibuk dengan tugasnya sebagai Guru Pentadbir.

Rupa-rupanya... dia diserang barah payudara atau nama lainnya kanser payudara. Dah tahap 3 katanya. Dah selamat menjalani pembedahan pun. Dah takda sebelah. Sekarang... sedang cuti setahun menjalani rawatan kimoterapi. Katanya... tubuhnya agak kuat juga menghadapi kesan yang harus ditanggung oleh mereka yang menjalani kimoterapi. Cuma.. lengannya sedikit lemah dah tidak dapat memegang barang dengan kuat walaupun hanya sebotol kicap.

Kanser payudara adalah salah satu penyakit yang sememangnya mengerunkan golongan wanita. Mengikut nasihat perubatan... sentiasalah membelek tubuh bagi mengesan benjolan-benjolan yang mencurigakan. Sekiranya ada... cepat-cepatlah merujuk kepada mereka yang pakar. Kanser ni menyerang dalam diam dan merebak dengan cepat. Sedar tak sedar boleh membawa maut.

Kanser payudara.. pembunuh nombor satu di Malaysia
gambar: http://milikilahatini.blogspot.com/2010/03/kanser-payudara-adalah-pembunuh-nombor.html

Berdepan dengan pengalaman mereka yang mempunyai kanser payudara sejak di alam remaja lagi. Melihat rakan yang masih anak dara diserang kanser payudara adalah pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan. Pembedahan plastik juga turut dilakukan bagi mengantikan semula payudara yang telah dibuang. Agak pelik melihat payudara palsu tersebut tetapi itulah yang harus dibayar oleh mereka yang mengidap kanser payudara ini.

Buat wanita-wanita di luar sana dan diri saya sendiri... sentiasalah peka pada perubahan diri. Bukan hanya mengutamakan kecantikan semata-mata. Yang lebih penting adalah kesihatan diri. 

Setakat ini... saya kagum dengan keprihatinan  orang lelaki yang sama-sama memberi sokongan kepada pasangan mereka yang mengidap kanser payudara. Janganlah hendaknya saya melihat atau mendengar cerita mereka yang hampir dengan saya diceraikan atas alasan sudah tidak sempurna...