TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, October 22, 2010

Ketegur! - Dlempang makhluk berupa monyet...

Taknak percaya... memang merah pipinya. Nak percaya... fikir-fikir juga. Maklumlah.. kata-kata anak yang berumur 5 tahun kadangkalanya memang jujur tapi tak kurang hebat dengan daya imaginasinya. Kalau difikirkan logik... memang tak logik. Kalau difikirkan tak logik... ada logiknya juga. Lebih-lebih lagi dalam keadaan tengahari rembang. Macam-macam peristiwa misteri boleh berlaku.

sekadar gambar hiasan

Adik mengadu pipinya dilempang monyet ketika bermain di taman permainan yang terletak berhampiran dengan kedai makan opahnya. Masa tuuu... adik sedang bergayut. Akibat dilempang... adik terjatuh. Bila tanya pada Along... kenapa pipi adik merah... Along kata adik jatuh. Maknanya.. memang benarlah adik jatuh tapi... apa kaitan jatuh dengan pipinya yang merah seperti dilempang?


Ketegur? Pernah dengar perkataan ini? Selalunya orang lama mengaitkannya dengan makhluk halus. Mereka yang ketegur selalunya  mengalami simptom-simpton pelik seperti adik atau jatuh sakit seperti demam, lemah badan, meracau ataupun merasa sengal-sengal. Atas sebab itulah orang dulu melarang anak-anak kecil bermain pada waktu tengahari terik atau senja kerana pada waktu tersebut... makhluk halus banyak berkeliaran.

Sejauh mana kebenarannya atau mungkin  sains ada jawapannya?